Sedia, Baby Shark Akan Muncul Di Kaca TV Korang!

sedia, baby shark akan muncul di kaca tv korang!

“Baby shark, doo doo doo doo doo doo. Baby shark, doo doo doo doo doo doo”. Ada ke yang tak pernah dengar lagu ni? Tipu lah kalau tak pernah dengar.

Catchy kan lagu ni? Sekali dengar je terus melekat dalam kepala. Bukan je kepala kanak-kanak, sekali orang dewasa pun terngiang-ngiang dengan lagu tu, kan?

Untuk ibu bapa, korang mesti tengah plan nak buat apa kan waktu cuti sekolah dengan anak-anak korang kan? Ok, jangan risau sebab kami ada satu berita gembira dengan korang semua.

Bersempena cuti sekolah yang akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi, Astro dan SmartStudy Korea akan membawa dua karakter ini ke Malaysia dan gabungankan mereka dalam satu rancangan bertajuk Hello Pinkfong.

Rancangan Hello Pinkfong ni akan bersiaran dua episode setiap minggu dan korang boleh tengok dengan anak-anak korang dekat saluran Ceria SD & HD. Rancangan ni akan mula bersiaran pada 23 November 2019 jam 10 pagi.

Apa yang best tentang rancangan ni?

Untuk pengetahuan korang, program ni bukan sekadar hiburan je sebab sepanjang persembahan akan ada macam-macam aktiviti yang berilmiah seperti belajar tentang dinosaur, angkasa lepas, kebersihan dan macam-macam lagi. Kiranya, konsep belajar sambil berhibur.

Haaa best kan?

Selain daripada saluran Ceria, korang juga boleh tengok di Astro Xiao Tai Yang, TVIQ, Vaanavil, Vinmeen HD dan Hello seminggu selepas ditayangkan di saluran Ceria.

Jangan ketinggalan.

sedia, baby shark akan muncul di kaca tv korang!