Perlis Negeri Paling Selamat Di Jalan Raya

perlis negeri paling selamat di jalan raya

Perlis diiktiraf sebagai negeri paling selamat di jalan raya dengan kadar kemalangan 0.3 peratus.

Difahamkan, kadar itu lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Sumber: Bernama