PUSAKA Raih RM13.7 Juta Dalam Tempoh 36 Hari

pusaka raih rm13.7 juta dalam tempoh 36 hari

Filem PUSAKA digarap sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro Shawwriters room berjaya mencapai kutipan RM13.7 juta dalam tempoh 36 hari dan ia masih ditayangkan di pawagam tanah air. Filem genre seram, penyiasatan dan aksi ini mendapat respon positif daripada penonton pelbagai lapisan usia dan latar belakang. Bukan itu sahaja, ramai penonton telah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali.

PUSAKA juga turut hangat diperkatakan di laman media sosial oleh penonton yang berkongsi pengalaman mereka tentang “jump scare” di dalam filem.

Rentetan daripada kejayaan tersebut, Astro terus membawakan karya terbaik pengarah Razaisyam Rashid dengan menampilkan sebuah siri Sembilan yang mula boleh ditonton di Astro Go bermula 6 Disember. Cara memuat turun aplikasi, muat turun secara PERCUMA aplikasi Astro GO di Apple Store atau App Store.Strim “SEMBILAN” di Astro GO.

Selepas ini Astro Shaw bakal tampil dengan filem Bahasa Inggeris bermula 16 Januari tahun depan yang menampilkan pelakon-pelakon hebat dari Malaysia, Jepun, Britain dan Taiwan.