Kasma Daniel Sertai Kejuaraan Dunia Moto2

kasma daniel sertai kejuaraan dunia moto2

Bak kata cik Latipah dalam filem Madu 3 lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Ku sangkakan dua, rupanya tiga".

Itu perumpamaan yang diboleh diberikan kepada barisan pelumba negara yang akan bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, tahun depan.

Terbaru, Kasma Daniel Kasmayudin secara rasmi umumkan, dia menyertai pasukan Moto2 ONEXOX TKKR SAG Team.

Dia akan menyertai Hafizh Syahrin Abdullah (Angel Nieto Team) juga dalam kelas Moto2 serta Khairul Ihdam Pawi (PETRONAS Sprinta Racing) dalam saingan Moto3.

kasma daniel sertai kejuaraan dunia moto2

Sambil memanjatkan kesyukuran, pelumba berusia 23 tahun ini berterima kasih dengan peluang besar yang diberikan dan akan cuba melakukan yang terbaik.

Musim ini, Kasma berlumba dalam saingan Moto2 Kejuaraan Motosikal Eropah (CEV Repsol) dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dalam kategori SuperSports 600cc.

kasma daniel sertai kejuaraan dunia moto2

Untuk rekod, Kasma pernah menyertai kelas Asia Production 250cc ARRC pada 2016 sebelum beralih ke saingan Moto3 CEV pada tahun berikutnya.

Anak muda kelahiran Johor ini juga merupakan juara CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 dan tampil sekalu pelumba wildcard Moto3 GP Malaysia 2017.

kasma daniel sertai kejuaraan dunia moto2

Oleh: Shah Rahimin