“Kami Ada Emergency Fund, Itu Adalah Salah Satu Achievement Company Kami”- Nabella Anuar

“kami ada emergency fund, itu adalah salah satu achievement company kami”- nabella anuar

SYOK Sapot Lokal minggu ini membawakan Nabella Anuar iaitu pengasas kepada jenama Kayman Beauty. Kalau korang aktif dekat media sosial seperti twitter, korang mesti kenal dengan pengasas dan jenama ni.

Sewaktu dunia di landa COVID-19 baru-baru ini, semua perniagaan terjejas. Bagaimanapun, menurut Nabella, permintaan terhadap produk Kayman meningkat sebanyak 200%. Namun, biarpun permintaan tinggi tetapi pihaknya berhadapan dengan masalah production yang tidak dapat beroperasi seperti biasa. Itulah cabaran yang terpaksa dihadapi olehnya dan pasukannya.

Satu perkara penting yang wajar dipelajari oleh semua usahawa muda ini adalah emergency fund atau tabung kecemasan. Menurut Nabella, pasukannya telah menyiapkan emergency fund bagi berhadapan dengan apa-apa rintangan yang tidak menduga.

“Kami ada emergency fund, itu adalah salah satu achievement company kami” Cerita Nabella dalam video penuh SYOK Sapot Lokal.

Dengan emergency fund itu lah beliau membayar gaji para pekerja dan tidak memotong gaji mereka. Ini merupakan satu model yang perlu diambil berat oleh semua usahawan kerana kita tidak mampu menjangka apakah cabaran yang menanti pada hari depan.

Banyak lagi perhal usahawan yang Nabella kongsikan. Jadi, jangan lupa untuk saksikan video penuh SYOK Sapot Lokal bersama Nabella Anuar di aplikasi SYOK!