COVID-19: Jumlah Kes Keseluruhan Di Malaysia Cecah 1030 Kes

covid-19: jumlah kes keseluruhan di malaysia cecah 1030 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengeluarkan status terkini akan kes COVID-19. Melalui laman twitter, KKM telah memaklumkan 130 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini.

Dengan jumlah itu, ia menjadikan angka keseluruhan mencecah 1030 kes. Daripada 130 kes hari ini, 48 daripadanya adalah cluster tabligh yang menghadiri sebuah program tabligh di Sri Petaling. 26 kes pula dilaporkan berada di dalam ICU dan memerlukan rawatan rapi.

Bagaimanapun, 12 kes telah dilaporkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia