COVID 19: Jangan Panik! Kerajaan Jamin Bekalan Makanan, Keperluan Harian Mencukupi

covid 19: jangan panik! kerajaan jamin bekalan makanan, keperluan harian mencukupi

Rentetan angka kes positif COVID 19 meningkat secara mendadak, ramai yang mula panic dan melakukan tindakan yang tidak sewajarnya. Perkara itu terjadi selepas ramai yang lebih mempercayai berita yang tersebar melalui media sosial berbanding saranan kerajaan.

Semalam, ketika sidang media mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjamin bahawa bekalan makanan, keperluan harian serta penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.

Jadi, korang tak payah lah panic sangat sampai nak kena memborong makanan. Kesian orang lain yang betul-betul memerlukan bekalan makanan tapi tak dapat nak beli sebab korang semua.

Selain tu, korang janganlah sebar benda-benda yang boleh mencetuskan suasana yang tidak tenteram. Dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan ikut perintah pihak kerajan.