“Jangan keluar rumah jika tiada keperluan penting”’, Titah Yang di-Pertuan Agong

“jangan keluar rumah jika tiada keperluan penting”’, titah yang di-pertuan agong

Sebentar tadi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengadakan satu sidang media berkenaan penularan wabak COVID-19.

Di dalam sidang media itu, YDP Agong telah menasihatkan seluruh rakyat agar terus memberi kerjasama dan mengikut segala perintah kawalan pergerakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, YDP Agong juga menyarakan agar mereka yang berhasrat untuk pulang ke kampung membatalkan niat mereka. Buat ibu bapa pengantin pula, YDP Agong menasihatkan menangguh dahulu kenduri buat masa ini sehinggalah keadaan kembali pulih.

YPD Agong juga menyatakan agar rakyat jangan panic kerana makanan masih mencukupi seperti mana yang dijamin oleh pihak kerajaan. Akhrinya, YDP Agong berpesan untuk menjaga kebersihan dan mengamalkan jarak sosial.