Diskaun 18% di semua Lebuhraya PLUS

diskaun 18% di semua lebuhraya plus

Berkuatkuasa 1 Febuari bulan depan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pengurangan 18% ke atas kadar tol bagi penggunaan kenderaan persendirian di semua Lebuhraya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata persetujuan ini adalah berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri pada 15 Januari lalu. 

Lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

diskaun 18% di semua lebuhraya plusdiskaun 18% di semua lebuhraya plus

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin