COVID-19: UPM Akan Hasilkan 5,000 Pelindung Muka Untuk Petugas Perubatan

covid-19: upm akan hasilkan 5,000 pelindung muka untuk petugas perubatan

Kumpulan dari Universiti Putra Malaysia menyatakan bahawa akan menghasilkan 5,000 pelindung muka untuk petugas perubatan. Alat tersebut akan disalurkan kepada hospital-hospital yang berdekatan.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Prof Madya Dr Samsuzana Abd Aziz, beliau menjangkakan 5,000 pelindung muka tersebut dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu.

Mereka akan menggunakan kelengkapan pencetak 3D baharu dan tambahan tenaga sukarelawan untu menghasilkan alatan tersebut.

Kumpulan tersebut terdiri daripada 30 pakar dan sukarelawan UPM. 19 daripada nya merupakan ahli Fakulti Kejuruteraan, enam ahli Longe Medikal Sdn Bhd- Putra Science Park dan lima ahli Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina dengan kerjasama tiga makmal UPM.

Projek ini berpusat di Fakulti Kejuruteraan dan diterajui oleh Putra Makers Space UPM.

Menurut ketua kumpulan, kos perisai muka yang dihasilkan adalah di antara RM1.50 hingga RM2.50 seunit.  Antara bahan yang digunakan adalah filament PLA untuk percetakan 3D, plastic lutsinar dan getah.

Terima kasih, UPM. Semoga dengan bantuan ini dapatlah pegawai perubatan melindungi diri mereka daripada dijangkiti COVID-19.

Sumber: Astro Awani