COVID-19: Selangor Catat Kes Positif Tertinggi Dengan 435 Kes

covid-19: selangor catat kes positif tertinggi dengan 435 kes

Sehingga jam 5 petang tadi, angka kes positif akibat COVID-19 terus meningkat ke 1,796 kes. Untuk hari ini, terdapat 172 kes baru yang dilaporkan dan 19 kes yang melibatkan kematian secara keseluruhan.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor mencatat jumlah kes positif tertinggi iaitu dengan 435 kes. Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan dari negeri tersebut.

Johor dan Sarawak masing-masing mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu dengan 5 kes. Berdasarkan statistic, Johor mempunyai 196 kes yang telah dilaporkan dan Sarawak pula mempunyai 85 kes yang direkodkan.

Hari ini juga Perdana Menteri telah mengadakan sidang media dengan menyatakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April kelak.

Jadi, ini bukan masa untuk korang bersuka ria untuk pulang ke kampung atau balik ke ibu kota. Terus duduk di mana korang berada sebab hanya kita sahaja boleh memutuskan rantaian penularan virus ini.

 

Sumber: KKM