COVID-19: Kerajaan Selangor Beri 287 Bilik Hotel Secara Percuma Kepada Frontliner

covid-19: kerajaan selangor beri 287 bilik hotel secara percuma kepada frontliner

Kerajaan Selangor menyediakan 287 bilik hotel untuk petugas barisan hadapan yang berusaha membentuk virus novel Koronavirus (COVID-19). Kemudahan itu diberikan secara percuma.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, 204 bilik di Hotel De Palma Ampang dan 83 Unit di Hotel De Palma Shah Alam akan disediakan kepada para petugas. Langkah ini diambil bagi memenuhi keperluan berkenaa.

"Sebagai permulaan, kerajaan negeri Selangor terlebih dahulu bekerjasama dengan polis dan Angkatan Tentera Malaysia. Ini adalah hasil kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Penawaran ini akan diperluas kepada kelompok lain yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan.

Sumber: Astro Awani