COVID-19: Kalau Tak Boleh Membantu, Jangan Cipta Masalah Dengan Sebar Berita Palsu

covid-19: kalau tak boleh membantu, jangan cipta masalah dengan sebar berita palsu

Tatkala pejuang barisan hadapan negara bertungkus lumus melawan pandemic COVID-19, ada segelintir daripada kita semua yang bertindak dengan menyebar berita palsu.

Sehingga hari ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga agensi berkaitan telah berusaha untuk melawan berita palsu.

Tahukah korang semua bahawa berita palsu ni sangatla berbahaya. Bayangkan jika ia tular dan dipercayai oleh orang ramai, ia boleh menyebabkan orang mengambil tindakan yang salah.

Jadi, sekiranya korang tidak berniat untuk membantu mengurangkan masalah yang sedang melanda, kitorang merayu jangan menambah masalah dengan menyebar berita palsu.

Jika korang mahu menyebarkan sesuatu berita dengan niat untuk menyampaikan maklumat, pastikan ia daripada sumber yang sahih dan tepat.

covid-19: kalau tak boleh membantu, jangan cipta masalah dengan sebar berita palsu