COVID-19: Kalau Korang Ada Masalah Psikologi Call Je Talian Khas COVID-19

covid-19: kalau korang ada masalah psikologi call je talian khas covid-19

Penularan wabak COVID-19 ni benar-benar menguji ramai orang. Akibat daripada virus ni, seluruh negara terpaksa berada di dalam rumah bagi menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Memandangkan ramai yang terkesan dengan perkara ini, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19.

Jadi, kalau korang memerlukan sokongan kaunseling, korang boleh dapatkan perkhidmatan ni melalui Talian Kasih 15999 ataupun whatsapp je dekat Talian Kasih iaitu di 019 26 15999.

Ada 528 kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia yang akan berkhidmat sepanjang PKP ini.

Maka, kalau korang ada apa-apa masalah berkaitan psikologi terus je call nombor ini ok? Jangan pendam dan simpan sorang-sorang tau. Bahaya. Luah dan bincang perkara ini dengan mereka yang lebih mengetahui.

covid-19: kalau korang ada masalah psikologi call je talian khas covid-19