COVID-19: Jumlah Kes Positif Baharu Meningkat, Satu Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: jumlah kes positif baharu meningkat, satu kematian baharu dilaporkan

Petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini status COVID-19 di negara kita. Berdasarkan laporan, jumlah kes positif baharu agak meningkat berbanding semalam. Bagaimanapun, jumlah tersebut masih di bawah 100 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, KKM telah menerima 88 kes positif baharu di seluruh negara. Secara kumulatifnya, Malaysia telah merekodkan 5,691 kes positif semenjak wabak ini mula tular di negara.

Kes sembuh pula meningkat dengan 121 kes dalam tempoh sehari. Secara keseluruhannya, KKM telah menyelesaikan 3,663 kes. Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 1,932 kes. Daripada jumlah tersebut 41 kes ditempatkan di ICU dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernfasan.

Dalam perkembangan yang lain, negara kita mencatatkan satu lagi kematian akibat wabak ini. Secara keseluruhannya, Malaysia telah merekodkan 96 kematian.

Sumber: KKM