COVID-19: Dua Tempat Di Johor Akan Diperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan

covid-19: dua tempat di johor akan diperketatkan perintah kawalan pergerakan

Dua tempat di sekitar Simpang Renggam, Kluang, Johor akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Perkara ini diambil selepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 61 kes datang daripada Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

PKPD ini melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 660 orang. Menurut kenyataan akhbar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), perintah ini akan berkuatkuasa bermula tengah malam ini sehingga lah 9 April 2020.

Jadi, sepanjang tempoh PKPD ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi iaitu:

1- Semua penduduk dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tersebut tak boleh keluar rumah

2- Bukan penduduk dan pelawat tak boleh masuk ke kawasan tersebut

3- Semua aktiviti perniagaan diberhentikan

4- Makanan asas selama 14 hari itu akan dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada semua penduduk.

5- Pangakalan Perubatan akan dibuka di kawasan tersebut.

6- Semua laluan akan ditutup

7- Polis, Tentera, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA akan mengawal seluruh kawasan.

Jadi, mohon kerjasama semua penduduk untuk terus beri kerjasama agar COVID-19 ni boleh dicegah.

covid-19: dua tempat di johor akan diperketatkan perintah kawalan pergerakan

covid-19: dua tempat di johor akan diperketatkan perintah kawalan pergerakan