COVID-19: Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Dari 3 Bulan Ke 6 Bulan

covid-19: bayaran balik ptptn dilanjutkan dari 3 bulan ke 6 bulan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu sidang media berkenaan inisiatif untuk meringkan beban rakyat ketika penularan wabak COVID-19.

Menurut beliau, Majlis Tindakan Ekonomi telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif:

1. Pemilik akaun KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 dengan kadar maksimum RM 500 sebulan selama 12 bulan bermula 1 April 2020.

2. Kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM 500 juta kepada Kementerian Kesihatan untuk membeli peralatan yang diperlukan bagi membendung wabak COVID-19. Selain itu, RM 100 juta diperuntukan kepada KKM supaya mereka boleh melantik kakitangan baharu seramai 2000 orang terutamanya jururawat.

3. RM 130 juta diperuntukan kepada negeri bagi menangani wabak ini.

4. Bagi peminjam PTPTN, kerajaan bersetuju untuk  melanjutkan tempoh bayaran balik dari 3 bulan ke 6 bulan.

 

 

Sehingga hari ini sudah 11 kematian dilaporkan di Malaysia akibat penularan wabak ini. Jadi, korang semua stay safe dan teruskan berada di dalam rumah.