COVID-19: Adakah Klinik Gigi Dibuka Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan?

covid-19: adakah klinik gigi dibuka sepanjang perintah kawalan pergerakan?

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ada beberapa perkhidmatan yang disenaraikan sebagai essential service. Salah satunya perkhidmatan kesihatan dan perubatan. Jadi, klinik gigi pun buka lah sebab jatuh dalam kumpulan kesihatan dan perubatan.

Bagaimanapun, tak semua benda klinik gigi akan buat seperti selalu. Mereka akan merawat untuk sakit-sakit kecemasan atau yang teruk. Tapi, kalau korang nak tampal atau scalling, korang kena lah tunggu PKP ni habis.

Antara kes kecemasan yang akan dilayan oleh klinik pergigian adalah:

1. Kesakitan yang sangat kuat pada bahagian gigi atau sebelah muka (ubat pun tak boleh nak melegakan)

2. kecederaan trauma pada bahagian muka, mulut dan gigi.

3. Pendarahan yang berpanjangan.

4. Tampalan, crown, bridge gigi atau alat pendakap gigi (braces) tertanggal

5. gigi palsu ata alat bantuan gigi patah.

Satu perkara penting yang korang kena buat adalah jujur dengan doktor ketika menyatakan status kesihatan, sejarah perjalanan atau korang pernah ada kaitan dengan mana-mana pesakit COVID-19. Perkara ni akan memudahkan orang lain dan korang di masa depan.

covid-19: adakah klinik gigi dibuka sepanjang perintah kawalan pergerakan?