COVID-19: 4,189 Individu Telah Pun Ditahan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

covid-19: 4,189 individu telah pun ditahan sepanjang perintah kawalan pergerakan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan sidang media bagi mengemaskini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, terdapat penurunan daripada jumlah penangkapan untuk hari Rabu iaitu seramai 583 orang jika dibandingkan dengan hari Selasa iaitu 562 orang. Secara peratusannya, terdapat penurunan sebanyak 3.6 peratus dari jumlah tangkapan.

“Jika mengikut trend penurunan ini, ia menunjukkan orang ramai patuh kepada “PKPK maka ia adalah petunjuk yang baik.

“Kami berharap peratusan ini akan terus berkurangan sepanjang berlakunya PKP Fasa kedua ini,” katanya dalam sidang media itu.

Selain itu, beliau turut memaklumkan sehingga hari Rabu terdapat 687 sekatan jalan raya telah dilakukan dan 380,342 kenderaan telah diperiksa. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat 4,189 individu telah ditangkap sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“1,449 individu telah dituduh di mahkamah dan ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukuman.” Maklum Ismail Sabri.

Jadi, korang kalau tak nak kena tangkap tu teruslah berada di dalam rumah. Lagipun, apa yang pihak berkuasa sedang buat ni untuk kebaikan kita juga. Lagi patuh kita ikut arahan, lagi cepat segala musibah ni berakhir.

Sumber: Astro Awani