Lagi 3,680 Kes Positif Baharu Dicatatkan, 314 Kes Isu Dilaporkan

covid-19: 1,371 kes positif baharu, 4 kematian dicatatkan

Berdasarkan rekod statistik COVID-19 untuk hari semalam iaitu 27 Januari 2021, KKM melaporkan penambahan sebanyak 3,680 kes positif baharu. Daripada jumlah itu, 3,674 kes tempatan dan enam kes import. 

Jumlah kes aktif turut meningkat kepada 42,389 kes.Menurut twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam juga KKM telah merekodkan kes tertinggi untuk kategori Unit Rawatan Rapi iaitu sebanyak 314 kes. 122 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

 

Selain itu, kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 1,858 kes. Jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 151,018 kes.

Kes kematian baharu yang dicatatkan pula adalah sebanyak tujuh kes. Ini menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 707 kes.

Sumber: KKM