COVID-19: 217 Kes Positif Baharu Direkod Menjadikan 3,333 Kes Keseluruhan

covid-19: 217 kes positif baharu direkod menjadikan 3,333 kes keseluruhan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan jumlah harian akan kes COVID-19. Untuk hari ini, terdapat 217 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara. Dengan jumlah itu, Malaysia telah merekodkan 3,333 kes secara keseluruhan.

Daripada jumlah keseluruhan, 827 kes telah berjaya sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital. Selain itu, terdapat tiga kematian baharu dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam. Jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 53 kes.

KKM juga menyatakan sehingga hari ini pihak mereka telah pun menjalankan ujian ke atas 47,723 orang.

Jadi, kepada korang semua teruskan berada di dalam rumah dan kerap mencuci tangan dengan air bersih dan juga sabun, ok?