COVID-19: 172 Kes Positif Baharu Dilaporkan Menjadikan 1796 Kes Keseluruhan

covid-19: 172 kes positif baharu dilaporkan menjadikan 1796 kes keseluruhan

Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengemaskini kes berkaitan COVID-19. Hari ini, sudah 19 kematian dicatatkan dan 172 kes positif baharu dilaporkan akibat daripada penularan wabak ini.

Menurut KKM, kematian ke-18 merupakan pesakit bagi kes ke-1625. Beliau merupakan seorang lelaki warganegara berusia 56 tahun. Beliau mempunyai penyakit kronik dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor.

Kematian ke-19 pula merupakan seorang wanita berusia 68 tahun. Beliau merupakan kes yang ke-1246 dan telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail pada 19 Mac lalu. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini jam 12.53 pagi.

Hari ini, 25 Mac, 172 kes positif baharu dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,796 kes. Daripada jumlah ini, 71 kes positif adalah daripada cluster perhimpunan tabligh yang diadakan di Sri Petaling. Selebihnya, masih dalam dalam siasatan. Sehingga hari ini, 199 kes telah berjaya sembuh dan dibenarkan discaj.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, KKM memaklumkan bahawa 73 anggotanya didapati positif COVID-19. Bagaimanapun, KKM menyatakan bahawa puncanya bukanlah kerana mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan KKM.

Selain itu, 45 pesakit sedang dirawat di ICU dan 34 daripadanya sedang menggunakan alat bantuan pernafasan.

covid-19: 172 kes positif baharu dilaporkan menjadikan 1796 kes keseluruhan

Sumber; KKM