Jumlah Kes Positif Harian Tertinggi Dicatatkan, Kes Positif Cecah 4000 Angka

covid-19: 1,371 kes positif baharu, 4 kematian dicatatkan

Sekiranya sebelum ini angka 3000 pun membuatkan kita rasa banyak, namun semalam, kes positif harian buat pertama kalinya mencecah 4,000 kes sehari.

Untuk 16 Januari, KKM telah melaporkan penambahan kes positif baharu sebanyak 4,029 kes. Daripada jumlah itu, 4,021 merupakan kes tempatan dan lapan kes iport. Keseluruhannya, sudah terdapat 155,095 kes di negara kita.

Jumlah kes aktif turut meningkat kepada 37,126 kes. 205 kes daripadanya merupakan kes ICU dan 79 kes diberi bantuan alat pernafasan.

Selain itu, kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 2,148 kes. Jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 117,375 kes.

Kes kematian baharu yang dicatatkan pula adalah sebanyak lapan kes. Ini menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 594 kes.

Sumber: KKM