COVID-19: 140 Kes Positif Baru, Selangor Catat Jumlah Keseluruhan Kes Tertinggi

covid-19: 140 kes positif baru, selangor catat jumlah keseluruhan kes tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini jumlah kumulatif kes positif COVID-19. Sehingga jam 12 tengah hari tadi, 140 kes psoitif baru telah dicatatkan. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 2,766 kes.

Daripada jumlah tersebut, 94 kes diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 60 kes daripada kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kematian juga meningkat pada hari ini. Sehingga hari ini terdapat enam kematian dicatatkan dengan jumlah kumulatif sebanyak 43 kes.

covid-19: 140 kes positif baru, selangor catat jumlah keseluruhan kes tertinggi

Selain itu, pihak KKM telah berjaya merawat 58 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah berjaya adaah sebanyak 537 kes.

Melihat kepada taburan mengikut negeri, Selangor merupakan negeri dengan kadar kes positif COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 704 kes. Manakala, Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri paling rendah kes iaitu sebanyak 10 kes secara keseluruhan.

Jadi, teruskan menjaga kebersihan dan patuh segala perintah kawalan pergerakan (PKP)

covid-19: 140 kes positif baru, selangor catat jumlah keseluruhan kes tertinggi