COVID-19: 1,371 Kes Positif Baharu, 4 Kematian Dicatatkan

covid-19: 1,371 kes positif baharu, 4 kematian dicatatkan

Nampaknya kes harian COVID-19 terus melebihi 1,000 angka. Setakat 14 Disember, terdapat 1,371 kes baharu. Daripada jumlah itu, 1370 merupakan kes tempatan dan 1 kes import. Jumlah kumulatif untuk kes COVID-19 di negara kita telah mencapai 84,846 kes.

Untuk kes sembuh pula, KKM telah melaporkan lagi 1,204 kes. Secara keseluruhannya sudah terdapat 70,597 untuk kes sembuh.

Untuk hari semalam juga, KKM melaporkan empat kematian baharu. Ini menjadikan kes kematian berjumlah 419 kes semenjak wabak ini mula tular.

Sumber: Instagram KKM