COVID-19: 130 Kes Positif Baru Dilaporkan Menjadikan Jumlah Keseluruhan 2161 Kes

covid-19: 130 kes positif baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2161 kes

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah baru sahaja mengadakan sidang media bagi mengemaskini statistic berkaitan COVID-19.

Sehingga jam 12 tengah hari ini (27 Mac), 130 kes positif baru yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 adalah sebanyak 2161 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 54 kes telah ditempatkan di ICU dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, jumlah kematian turut meningkat iaitu sebanyak 3 kes termasuklah yang dilapor melalui laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan pagi tadi. Sehingga hari ini, jumlah kematian adalah sebanyak 26 kes.

Setakat hari ini juga, 44 kes telah berjaya dipulihkan dan pesakit dibenarkan discaj. Dengan jumlah itu, 259 kes secara keseluruhan telah berjaya diselesaikan dan dibenarkan discaj.

Dalam pada masa itu, pihak kerajaan telah mengumumkan penambahan peruntukan berjumlah RM 1 Billion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) itu  adalah untuk membeli pembelian peralatan dan perkhidmatan memerangi COVID19. Dana itu juga termasuklan  mendapat perkhidamatan pakar perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.