COVID-19: 235 Kes Positif Baru Dilaporkan Dan Tertinggi Dalam Sejarah Di Malaysia

covid-19: 235 kes baru dilaporkan dan tertinggi dalam sejarah di malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengemaskini jumlah  kes positif akibat penularan wabak COVID-19.

Sehingga hari ini, terdapat 235 kes baru dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 2031 kes setakat jam 12 tengah hari. Hari ini juga mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang penularan wabak COVID-19.

Jumlah kematian dicatatkan pula adalah sebanyak 4 kematian dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 23 kes.

Berdasarkan laporan KKM, kes ke-22 merupakan kes yang ke-1797. Beliau merupakan seorang lelaki warganegara dan mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau juga merupakan salah seorang yang hadir ke perhimpunan di Seri Petaling.

Kes kematian yang ke-23 pula merupakan kes yang ke-1840. Beliau merupakan seorang lelaki berumur 62 tahun dan turut mempunyai latar belakang penyakit kronik. Bagaimanapun, kes beliau masih lagi dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana cluster COVID-19.

Daripada jumlah kes yang baru dilaporkan, 60 daripadanya adalah cluster perhimpunan tablgh di Seri Petaling. Selebihnya masih lagi dalam siasatan. Selain daripada itu, 45 pesakit telah berada di ICU dan 32 pesakit masih memerlukan alat bantuan pernafasan.