COVID 19: 190 Kes Baharu Dilaporkan Menjadikan Malaysia 428 Kes Keseluruhan

covid 19: 190 kes baharu dilaporkan menjadikan malaysia 428 kes keseluruhan

Penularan wabak COVID 19 di Malaysia semakin meningkat. Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 190 kes baharu telah direkodkan. Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan kes meningkat mendadak dengan 428 kes.

Daripada jumlah itu, 42 kes telah sembuh sempurna dan dibenarkan untuk discaj. Bagaimanapun, daripada 386 orang yang masih aktif dirawat, 9 daripada mereka ditempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi bantuan pernafasan.

Menurut KKM juga, kes 239 hingga kes yang ke 428, kebanyakan daripadanya berpunca daripada cluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan atau aktiviti yang melibatkan orang ramai.

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia