Awas! Air Yang Tenang Jangan Disangka Tak Bahaya!

Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina akan tiba hujung minggu ni.

Mesti ramai yang dah rancang untuk melancong dan bercuti bersama keluarga dan yang tersayang kan?

awas! air yang tenang jangan disangka tak bahaya!

Okay, kat sini ada satu peringatan untuk korang yang akan bercuti di sekitar pantai atau laut terutamanya di Terengganu.

Berdasarkan kajian Universiti Malaysia Terengganu, air yang tenang bukan petanda pantai tu selamat untuk aktiviti mandi manda tau.

awas! air yang tenang jangan disangka tak bahaya!

Tapi....sebenarnya dalam dasar laut terdapat arus karau atau "rip current" yang sangat berbahaya dan boleh jadi perangkap!

"Rip current" katanya sering berlaku di beberapa lokasi antaranya Pantai Pandak, Chendering, Teluk Bidara dan Teluk Lipat di Dungun. 

awas! air yang tenang jangan disangka tak bahaya!

Baru-baru ni, 4 pelajar sebuah politeknik di Terengganu lemas selepas ditarik ombak ketika mandi manda di Pantai Teluk Bidara.

awas! air yang tenang jangan disangka tak bahaya!

Semua mayat telah ditemui dan telah dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Terengganu dan Pahang.

Tak dinafikan, pantai di Terengganu memang cantik, tapi ingat ye, keselamatan nyawa tetap perlu diutamakan :)

Kita tak mahu percutian yang sepatutnya jadi memori indah, bertukar menjadi kenangan pahit :(

awas! air yang tenang jangan disangka tak bahaya!

So, jaga diri dan utamakan keselamatan tidak kira di mana saja korang berada! Selamat bercuti :)

Oleh: Izzati Amir