Angkatan Tentera Malaysia Akan Dikerahkan Ahad Ini Bagi Bantu Pihak Polis

angkatan tentera malaysia akan dikerahkan ahad ini bagi bantu pihak polis

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakulmkan bahawa Angtakan Tentera Malaysia (ATM) akan dikerahkan untuk membantu pihak polis bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini.

ATM akan mula membantu pihak polis pada hari Ahad ini. Bagaimanapun, bantuan pihak ATM bukanlah situasi darurat buat negara ini.

“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.

“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya dalam sidang media, pada Jumaat.

Jadi, kepada korang yang masih berdegil dan tak nak patuh arahan, janganlah korang marah kalau pihak berkuasa ambil tindakan.

Sumber: Astro Awani