Sediakan 'Puasa Kit', Mana Tahu Terperangkap Dalam Jem Masa Balik Rumah Nanti

Pastikan korang prepare siap-siap 'Puasa Kit' dalam kereta. Mana tahu kalau korang terperangkap dalam jem masa on the way balik rumah dan takda tempat untuk berhenti berbuka puasa.

Foto: Freepik

Kurma merupakan makanan paling sesuai untuk diletakkan di dalam 'Puasa Kit'.

Selain dari memberi tenaga ia juga digalakkan diambil sewaktu berbuka kerana makan kurma masa berbuka merupakan Sunnah Rasullulah SAW.

Jangan lupa air minuman, boleh simpan air kotak dalam ?Puasa Kit? untuk menghilangkan dahaga sewaktu berbuka. Pastikan air kotak yang disimpan boleh tahan lama dan jangan gunakan botol mineral plastik.

Anda juga boleh menyediakan ?muesli bars? atau biskut dalam paket yang mempunyai serat tinggi untuk mengisi perut kalau jem sangat teruk.

Jadi pastikan anda mempunyai sedikit makanan di dalam kereta just in case terpaksa berbuka puasa dalam kereta sewaktu jem.

Oleh: Capo Rod