Tips Travel Buat Percutian Anda Lebih Jimat

Semua orang boleh travel sebenarnya, nak tahu tips untuk penjimatan meh Khalie kongsikan. Haa ni khalie nak share tips macam mana nak berjimat kalau nak tempah hotel. Banyak je cara nak berjimat, salah satunya sewaktu membuat  booking hotel.

PERTAMA:  TEMPAH HOTEL AWAL

tips travel buat percutian anda lebih jimat

Kalau korang dah ada plan untuk bercuti dan dah ada confirmation terus book hotel, sekurang kurangnya ‘SEBULAN’ awal. Korang boleh dapat sehingga 20% murah berbanding harga biasa. Kalau tak percaya cuba try. Jangan menyesal kalau beli last minute… harganya pasti mahal dan tak berbaloi.

KEDUA:  BANDINGKAN HARGA

tips travel buat percutian anda lebih jimat

Jangan malas untuk buat perbandingan harga, antara website dan juga hotel hotel. Tak kisah la mana mana apps pun, harganya berbeza, sometimes ada apps yang bagi promotion or last deal punya discount. Memang worth buying sebab murah teruk! Siapa malas dia yang rugi

KETIGA:  BREAKFAST PERCUMA

tips travel buat percutian anda lebih jimat

Cari hotel yang berikan breakfast percuma baru la worth it! Tak payah korang spend dekat breakfast. Breakfast di hotel pun kalau satu kepala dah puluhan ringgit.

KEEMPAT:  TEMPAH HOTEL BERSAMA FLIGHT

tips travel buat percutian anda lebih jimat

Certain OTA (online travel agent) menawarkan promosi yang terbaik bila purchase flight dan hotel sekali gus. Tetapi hanya sesetengah OTA je yang menyediakan kemudahan ini. Korang boleh la google contoh OTA/apps.

KELIMA:  TEMPAH HOTEL YANG TIDAK TERSENARAI DALAM OTA (WALK-IN)

tips travel buat percutian anda lebih jimat

Sebenarnya hotel yang tak tersenarai dalam OTA adalah hotel yang jauh lebih murah, its either korang walk in ataupun book direct dari website diorang.

Dulu khalie tak aware pun pasal benda ni, bila dah tahu hmm memang murah.

Oleh: Khalie Azmi