5 Punca Sebenar Kenapa Wanita Cepat Nampak Tua!

5 punca sebenar kenapa wanita cepat nampak tua!
Imej dari Freepik

1. Kulit Kering

Ya, kulit kering serta kusam akan menampakkan wanita lebih berusia dari umur sebenar. Anda kena tahu, penjagaan wajah dan badan harus ditukar bersesuaian mengikut perubahan kulit. Sebab? Kulit yang kering akan lebih cenderung untuk kulit jadi lebih kusam, jeragat dan juga berkedut.

2. Berat badan naik selepas berkahwin dan bersalin

Wanita akan berubah hormon selepas umur mencecah 26 tahun ke atas. Wanita yang sudah berkahwin dan bersalin akan cenderung untuk menjadi lebih berisi. Wanita akan cepat nampak tua sekiranya penjagaan badan tidak dijaga dengan betul. Ramai yang menggunakan alasan sudah berkahwin dan tiada masa untuk jaga badan. Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan penjagaan diri harus sentiasa dititikberatkan.

3. Dah hilang rasa nak cantik gara-gara terasa diri sudah tua

Pemikiran seperti ini salah sama sekali ,walaupun umur sudah masuk 30 ke atas, wanita kena berterusan jaga penampilan diri, kena sentiasa mencantikkan diri. Jika tidak, anda akan nampak lebih tua dari umur sebenar. 4

4. Malas

Buang sifat malas. Jangan pernah rasa malas untuk kecantikkan dan kesihatan diri. Jangan pernah rasa malas untuk tampil menawan dan cantik di hadapan orang ramai. Paling penting jangan malas untuk bersenam dan minum air masak yang secukupnya!

5. Terlalu Kerap Bersolek

Memakai alat solek terlalu kerap merupakansalah satu faktor pantas penuaan bagi kaum wanita. Tahukah anda setiap barangan solekan mempunyai tarikh tamat tempoh tertentu dan akan memberikan kesan buruk pada wajah sekiranya penggunaan melebihi had masa.

Sumber: Hanasuva