11 Tahun Siapkan PhD, Tun Daim Buktikan Umur Bukan Penghalang Untuk Mencari Ilmu

11 tahun siapkan phd, tun daim buktikan umur bukan penghalang untuk mencari ilmu

Bekas Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Dr Daim Zainuddin telah dianugerahkan ijazah doktor falsafah pada Konvokesyen Universiti Malay Ke 59 baru-baru ini.

Beliau telah mengambil masa selama 11 tahun untuk menyiapkan tesis yang bertajuk ‘Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu: Kejayaan dan Kegagalan 1970-2008. Kejayaan itu turut dikongsi bersama apabila isterinya, Naimah Khalid dan juga lima anak, enam cucu dan seorang cicit turut hadir menyaksikan penganugerahan itu.

Tun Daim bercerita kepada pemberita bahawa beliau mengambil masa 11 tahun kerana faktor kesihatan dan juga kesibukan. Beliau terpaksa menangguhkan pengajian selama lima tahun akibat masalah kesihatan.

 “Saya mula sejak 2008, daripada boleh berjalan sekarang sudah bertongkat... daripada sihat, sekarang sudah tidak kuat.

“Selagi ada hayat kena cari ilmu kerana ia penting untuk mencapai kejayaan tetapi ilmu juga mesti digunakan untuk kebaikan, tidak boleh digunakan untuk keburukan.

“Memang banyak (cabaran)... sakit, macam-macam penyakit antaranya penglihatan tidak jelas. Itu salah satu sebab ambil masa, apatah lagi saya ada tugas lain. Jadi kena buat secara separuh masa, ” katanya kepada pemberita.

Wow, memang betul-betul inspiring lah Tun Daim ni. Semoga kejayaan ini membuka mata semua pihak akan kepentingan mempunyai ilmu. Tahniah, Tun Daim!

Sumber: bharian.com.my