Tindakan Atlet Peluncur Air Filipina Selamatkan Pesaingnya Yang Hampir Lemas Di Sea Games Dipuji Ramai

Tindakan seorang peluncur air Filipina menyelamatkan pesaingnya daripada lemas mendapat pujian ramai.

tindakan atlet peluncur air filipina selamatkan pesaingnya yang hampir lemas di sea games dipuji ramai

Roger Casugay telah menyelamatkan peluncur Indonesia, Arip Nurhidayat ketika acara longboard lelaki Sukan SEA Filipina sedang berlangsung.

Difahamkan, tali papan luncur Arip dikatakan terputus yang menyebabkannya dihanyutkan ombak tinggi.

Roger sanggup melepaskan peluangnya untuk memenangi pingat emas demi menyelamatkan nyawa peluncur yang lain.

Momen tersebut ternyata menyentuh hati orang ramai. Gambar insiden itu dimuat naik di Facebook Jefferson Ganuelas dan ia mendapat lebih dari 6,000 perkongsian. 

Respek weh! Ini bukti, masih lagi ramai orang yang baik-baik kat luar sana tu.

Sumber: SH