Terima Kasih Malaysia, Tolong Ainul!

Siapa sangka Aidilfitri buat ibu bapa bayi viral, Ainul Mardhiah yang sebelum ini suram, baru-baru ini bertukar lebih bermakna.

terima kasih malaysia, tolong ainul!

Bukan sahaja pembedahan buang tumor pada mulut Ainul berjaya dilakukan dengan selamat, malah turut terima tetamu istimewa, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

terima kasih malaysia, tolong ainul!

Tun M yang mengadakan lawatan kerja di London sudi meluangkan masa untuk melawat adik Ainul di hospital.

Beliau gembira dengan sikap prihatin rakyat Malaysia hingga membolehkan bayi itu terima rawatan di sana. 

Pujian dan penghargaan perlu diberikan kepada pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan doktor yang terlibat dalam merawat Ainul.

terima kasih malaysia, tolong ainul!

Korang ingat tak, dulu Amalina ni berjaya sebagai pelajar cemerlang SPM 2004 dengan 17 A1, kini kejayaan manis itu diulangi dengan menyumbangkan semula khidmatnya sebagai doktor untuk membantu Ainul.

terima kasih malaysia, tolong ainul!

Amalina duduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, kira-kira 44,500 tweet Selasa lalu yang rata-rata berterima kasih dengan usaha murninya itu.

Pembedahan Ainul Mardhiah juga jadi bukti keprihatinan rakyat Malaysia apabila sumbangan yang diberikan tidak putus-putus sehinggalah Ainul berjaya dirawat di sana.

Kini, keadaan Ainul semakin baik dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan.

terima kasih malaysia, tolong ainul!

Seronok bila masyarakat bersatu dalam menjalankan kerja murni sebegini.

Harap-harap semangat macam ni dapat diteruskan sampai bila-bila untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa pada masa akan datang :)

Oleh: Izzati Amir