Pasangan Warga Emas Ini Akhirnya Bersatu Selepas Terpisah Akibat COVID-19

pasangan warga emas ini akhirnya bersatu selepas terpisah akibat covid-19

Pasangan suami isteri yang sudah membina rumah tangga semenjak 70 tahun yang lalu akhirnya bersatu kembali selepas terpisak akibat wabak COVID-19.

Suasana menjadi sebak apabila si suami, Walter Willard yang berusia 91 tahun tidak berhenti-henti mencium isterinya, Jean Willard yang berusia 89 tahun.

Sebelum ni pasangan tersebut berada dalam keadaan baik sehingga tahun lepas apabila si isteri mengalami kecederaan. Selepas itu, Jean dipindahkan ke Eddy Memorial Geriatric Center di Troy, New York.

Walaupun sedemikian, Walter sering sahaja melawat isterinya sehinggalah wabak COVID-19 tular di seluruh dunia.

“Ayah saya akan ke sana srtiap hari dan menghabiskan masanya di sana. Dia akan ke sana dari pagi sehinggalah ibu tidur.”Beritahu anak perempuan kepada pasangan terbabit.

Selepas Walter tidak dapat melawat, isterinya menangis dan meminta agar suaminya datang. Bagaimanapun, anak perempuan tersebut menceritakan situasi dan keadaan semasa.

Akhirnya, Wendy Willard menulis surat kepada pengarah pusat kesihatan terbabit. Atas budi bicara, Walter diizinkan untuk melawat isterinya.

Macam ni baru lah betul pasangan sejati. Walaupun dah 70 tahun berkahwin tetaplah setia pada yang satu.

Sumber: CBS News