Digelar Sebagai “Wira Negara”, Lelaki Ini Pertaruh Nyawa Untuk Pengguna Jalan Raya Yang Lain

digelar sebagai “wira negara”, lelaki ini pertaruh nyawa untuk pengguna jalan raya yang lain

Sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan Sungai Buloh pada 1 Disember dan dirakam oleh Xidi Zaid dan dimuat naik di akaun Facebook-nya. 

Dalam video tersebut ia menunjukkan lelaki tersebut berhentikan keretanya dahulu di tepi jalan raya lalu melintas untuk mengalihkan besi di tengah jalan itu. 

Aksi berbahaya itu mendapat pujian warga netizen dan diberi gelaran ‘Wira Negara’ kepada lelaki tersebut. Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas jasa mulia lelaki tersebut. 

digelar sebagai “wira negara”, lelaki ini pertaruh nyawa untuk pengguna jalan raya yang lain


Sumber: Facebook