KKM Akui Tiada Bukti Vape Merawat Ketagihan Merokok

 

kkm akui tiada bukti vape merawat ketagihan merokok

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti mahupun kajian yang menunjukkan penggunakan vape dan rokok elektronik (e-ciggarette) boleh merawat ketagihan merokok.


"Kalau dilihat pada data sedia ada, kemungkinan vape ini tidak selamat seperti mana didakwa boleh digunakan sebagai ganti kepada rokok. Tetapi setakat ini, tidak ada bukti bahawa vape adalah berkesan untuk ganti rokok," kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye  pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

 

Dr Lee juga menyatakan pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengawal selia isu penggunaan vape dan rokok elektronik pada Jun lepas.


Dr Lee turut mendedahkan lebih kurang 300,000 pelajar berusia 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini.

Sumber: Astro Awani