Dua Pesawat Berlanggaran Sesama Sendiri Di Frankfurt

dua pesawat berlanggaran sesama sendiri di frankfurt

Sebuah pesawat Korean Air dikatakan berlanggar dengan pesawat Air Namibia dan telah mengakibatkan kerosakan pada bahagian ekor pesawat tersebut.

Kejadian berlaku di lapangan terbang Frankfurt, Jerman ketika pesawat berkenaan sedang menunggu di landasan usai melakukan pendaratan.

Tiba-tiba, penstabil mendatar (horizontal stabiliser) pesawat Korea Air telah dilanggar oleh sayap kiri kapal terbang Air Namibia.

Kesan daripada perlanggaran itu, kedua-dua pesawat telah mengalami kerosakan dan penerbangan terpaksa ditangguh selama 21 jam lebih.

 

Ketika perlanggaran berlaku, pesawat Korean Air membawa 241 penumpang dan 40 anak kapal. Bagaimanapun, tiada anak kapal atau penumpang yang cedera dalam kejadian tersebut.

 

Sumber: Astro Awani