LRT Akan Dibuka Sehingga Jam 1 Pagi Bersempena Perlawanan Malaysia Menentang Indonesia

 

lrt akan dibuka sehingga jam 1 pagi bersempena perlawanan malaysia menentang indonesia

Selepa menewaskan Thailand, Harimau Malaya dijadualkan bertembung dengan Garuda Merah pula di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

Demi menghargai semangat kesukanan, Rapid Rail Sdn Bhd telah bersetuju untuk melanjutkan waktu perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi.

Berdasarkan satu kenyataan media yang dikeluarkan, tiga laluan bas Rapid KL juga turut dilanjutkan perkhidmatan di mana bas terakhir akan berlepas pada jam 1 pagi.

Jadi, korang dinasihatkan untuk menggunakan Touch n Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal supaya segala urusan berjalan lancar.

Semoga kemenangan milik kita!

lrt akan dibuka sehingga jam 1 pagi bersempena perlawanan malaysia menentang indonesia