Juruterbang Digantung Tugas Kerana Benarkan Penyanyi Masuk Ke Kokpit Sewaktu Penerbangan

juruterbang digantung tugas kerana benarkan penyanyi masuk ke kokpit sewaktu penerbangan

Seorang juruterbang dari Mesir terpaksa menanggung penderitaan selepas lesennya digantung seumur hidup selepas membenarkan pelakon dan penyanyi tempatan, Mohamed Ramadan masuk ke kokpit.

Lebih mengejutkan, selebriti yang terkenal dengan pelbagai kontroversi itu turut dilihal memegang alat kawalan pesawat dan ketika itu pesawat dalam pernerbangan menuju ke Riyadh.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Mohamed sempat merakam satu video dirinya sedang duduk di kerusi juruterbang dan memuat naik klip video tersebut dalam media sosialnya.

“Sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku, saya menerbangkan pesawat ini,” tulisnya di platform Twitter @Mohamed_Ramadan pada 13 Oktober lalu.

Rentetan daripada kejadian itu, pembantu juruterbang tersebut dilarang bertugas selama setahun. Pengarah besar syarikat penerbangan swasta itu pula mengambil keputusan untuk turun dari kedudukannya.


Ramadan memasuki kokpit dan duduk di kerusi juruterbang ketika pesawat dalam keadaan autopilot.

Sumber: Astro Awani