Ketua Polis Negara Menarik Semula Arahan Mengisi Borang Untuk Perjalanan Antara Negeri

ketua polis negara menarik semula arahan mengisi borang untuk perjalanan antara negeri

Selepas pengumuman pelan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengatasi masalah COVID-19, Ketua Polis Negara telah mengadakan satu sidang media. Di dalam sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa setiap perjalanan ke luar negeri harus dimaklumkan kepada pihak polis dan PDRM akan menyediakan borang untuk diisi.

Susulan arahan tersebut, orang ramai telah menyerbu beberapa balai polis bagi melaksanakan perintah tersebut. Beberapa kicauan di Twitter menunjukkan keadaan menjadi sedikit tidak terkawal di beberapa balai polis akibat arahan tersebut. Orang ramai cuba untuk mendapatkan borang untuk mengadakan perjalanan pulang ke kampung. 

Disebabkan perkara itu. Tan Sri Abdul Hamid Bador telah menarik semula arahan mengisi borang kepada mereka yang berhasrat untuk melakukan perjalanan antara negeri.

“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.” Katanya ketika dihubungi oleh Astro Awani.

Macam mana pun, korang kurang-kurangkanlah pergerakan. Hanya dengan cara itu sahaja kita boleh melawan virus COVID-19 ni.

Sumber: Astro Awani