Difitnah Rosakkan Mainan, Kanak-Kanak Di Hong Kong Ini Terima Ganti Rugi RM18 Ribu

Sebuah kedai mainan di Mong Kok, Hong Kong yang memaksa ibu bapa seorang kanak-kanak lelaki untuk membayar mainan Teletubby yang rosak, terpaksa memulangkan wang tersebut selepas muncul klip yang menunjukkan kejadian itu bukan berpunca daripada kanak-kanak terbabit.

difitnah rosakkan mainan, kanak-kanak di hong kong ini terima pampasan rm18 ribu

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dan ibu bapanya telah melawat kedai, KKPlus, pada Ahad lalu apabila dia bersandar pada anak patung setinggi 1.8 meter tersebut untuk memberi lalu kepada orang ramai, lapor Mothership.

Ia menyebabkan mainan itu terjatuh, tetapi kedai itu menuduh kanak-kanak lelaki itu sengaja menendangnya sehingga rosak.

Akibatnya, ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa mengeluarkan HK$33,600 (RM18,801) sebagai ganti rugi bagi kerosakan tersebut.

Namun, selepas muncul klip yang menunjukkan kanak-kanak itu tidak bersalah, syarikat induk KKPlus Kidsland International mengluarkan kenyataan bahawa mereka telah memulangkan semula wang tersebut kepada pasangan ibu bapa tersebut.

Ia juga berkata mereka akan mengambil langkah untuk mengelak kejadian serupa pada masa depan dan ia telah mengeluarkan semua mainan yang mempunyai ketinggian lebih dari satu meter.

 

Sumber: [1]