WHO Jawab Persoalan Berkaitan Koronavirus

who jawab persoalan berkaitan koronavirus

Setakat ini lebih dari 400 orang rakyat China maut disebabkan koronavirus. 

Manakala, kes pertama melibatkan kematian di luar China merupakan seorang lelaki yang berasal dari Wuhan mengembara ke Filipina.

Difahamkan, Filipina ketika ini menyekat kemasukan semua pelancong yang tiba dari China, Hong Kong dan Macau, kecuali warganegara dan penduduk tetap mereka.

Minggu lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut satu darurat kesihatan global.

Menerusi akaun Twiter WHO mereka ada memberikan beberapa penjelasan berkaitan Koronavirus.

Adakah selamat menerima barangan/ parcel dari China?

who jawab persoalan berkaitan koronavirus

Tulis mereka, ye selamat. Orang yang menerima pakej dari China tidak berisiko mengidap koronavirus. Ini kerana dari analisis sebelum ini, koronavirus tidak bertahan lama pada objek, seperti surat atau parsel.

Makan bawang putih dapat mencegah jangkitan Koronavirus?

who jawab persoalan berkaitan koronavirus

Jawapan, bawang putih adalah makanan sihat yang mempunyai beberapa sifat antimikrobial. Namun, tiada bukti memakan bawang putih mampu melindungi orang ramai daripada wabak ini.

Adakah vaksin terhadap radang paru-paru melindungi daripada wabak Koronavirus?

who jawab persoalan berkaitan koronavirus

Jawapan: Tidak, virus ini baru dan ianya berbeza. Vaksin terhadap radang paru-paru tidak dapat memberi perlindungan terhadap virus 2019-nCov.