Tawar Aiskrim Free Inisiatif Menarik Pastikan Kawasan Sekitar Kejiranan Bebas Puntung Rokok

Sebuah kafe di China mempunyai cara menarik untuk memastikan persekitarannya bersih dan bebas puntung rokok.

tawar aiskrim free inisiatif menarik pastikan kawasan sekitar kejiranan bebas puntung rokok

Kafe Green Donkey di Xi’an, wilayah Shaanxi menawarkan aiskrim percuma buat kanak-kanak yang sanggup mengutip 20 puntung rokok dan menyerahkan kepada kafe tersebut.

Pepatah ada mengatakan, melentur buluh biar dari rebungnya. Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu cara untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mereka dari kecil.

Kenalah didik dari kecil, tak gitu?