Sudah-Sudah Lah Tu Sebar Berita Kata Plaza Tol Keluar KL Tutup

Kita tahu abam-abam askar dah mula turun padang join venture dengan pihak berkuasa lain untuk “jaga kawasan”. Sebagai rakyat yang cintakan negara ini saya sangat menyambut kehadiran mereka. Cumanya ada satu benda yang saya kureng sekarang ni.

sudah-dudah lah tu sebar berita kata plaza tol keluar kl tutup

Susah sangat nak faham orang explain kan, nahh kawan saya LUKIS terus! Semua Plaza Tol dekat PLUS & KL Karak tak tutup. Tetapi dekat semua Plaza Tol ni ada abam-abam Polis dan Askar tengah buat roadblock. Sesiapa dapat green light maka pihak berkuasa akan melepaskan anda, jika TIDAK, sila u-turn dan balik ke rumah, duduk diam diam.

sudah-dudah lah tu sebar berita kata plaza tol keluar kl tutup

Untuk mendapatkan pengumuman terkini mengenai kes Covid-19 ni korang kena follow sini

So sudah-sudah lah tu sebar berita palsu. Jangan disebabkan korang tension, korang mudah sangat terpengaruh dengan mesej viral. Sabar, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa jaga kebersihan anda ok?

#DudukDiamDiamRumah #KitaJagaKita #KamiCare

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin