COVID-19: IG, FB & Twitter Dah Ambik Peranan Masing-Masing, Kita Bila Lagi?

Perasan tak? OK mungkin belum. Meh nak maklumkan, pengendali media sosial (Instagram, Facebook & Twitter) nampaknya bersatu hati banteras COVID-19.

Korang macam mana? Dah reti duduk rumah dendiam? Keluar bila ada urusan penting je ye.

Beras, susu, gula, sayur dah habis OK boleh keluar beli. Kalau rokok…hmmm ginilah, apa kata ambik peluang ni untuk berhenti merokok. Amal gaya hidup sihat. Tuhan tengah bagi peluang ni.

OK berbalik kepada cerita pengendali dan pemilik media sosial tadi, mereka ni menyumbang dalam kapasiti mereka.

covid-19: ig, fb & twitter dah ambik peranan masing-masing, kita bila lagi?

Misalnya terkini Instagram akan padam semua akaun dan kandungan membabitkan COVID-19 yang dimuat naik organisasi kesihatan tidak sahih.

Mereka akan mula menurunkan kandungan yang dianggap palsu oleh pihak ketiga.

Ha kan dah memudahkan kita tu. Takdelah tertanya-tanya mana satu maklumat betul ni? Lagi parah kalau ikut cadangan yang membahayakan nyawa. 

Baru-baru ni kat Amerika Syarikat, seorang lelaki maut, isterinya pulak kritikal gara-gara terikut satu saranan yang makanchloroquine phosphate boleh elak daripada dijangkiti COVID-19. Lagi malang mereka ni bukannya ambik pil tu sebaliknya ia sebenarnya diguna sebagai rawatan parasit untuk ikan!

Berganda-ganda malangnya…

Lagipun keberkesanan chloroquine phosphate yang digunakan untuk merawat malaria ketika ini  bagi  merawat atau jadi penawar COVID-19 masih di peringkat kajian. Jadi bersabarlah tunggu hasilnya.

Lagi awal daripada tu, Twitter dah hentikan muat naik yang papar informasi mengelirukan termasuk nasihat pakar dan galakan mendapatkan rawatan palsu.

Facebook pula sejak awal bulan lepas beri ruang iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) nak pastikan pengguna dapat maklumat sahih pasal penyebaran virus tu, termasuk risiko dan cara menanganinya.

covid-19: ig, fb & twitter dah ambik peranan masing-masing, kita bila lagi?

Nampak kan, dah macam-macam pihak ambik peranan masing-masing. Jom rakyat Malaysia tunjukkan kehebatan anda di media sosial dengan kongsi dan sebar perkara yang sah betul je. Buktikan ‘Wawasan 2020 - 1 Malaysia - Stay At Home’.

Jugak jom doa semoga statistik kes menurun atau mendatar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni 

#dudukrumah #kamicare #perintahkawalanpergerakan
 

Oleh: KJ

Sumber: AWANI & Internet