Konvokesyen Ditangguh, Pemuda Ni Celebrate Di Rumah Je

Rata-rata rakyat Malaysia sangat kreatif dalam memenuhi masa lapang mereka di rumah disamping mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Seperti pemuda dengan nama panggilan “Kemmi” ini, beliau sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen pada 25 Mac 2020. Disebabkan PKP ini, majlis itu terpaksa ditangguhkan pada hari dan waktu yang lain.

konvoksyen ditangguh, pemuda ni celebrate di rumah je

Namun perkara itu tidak menghalang pemuda dari Semenyih ini untuk bersama-sama dengan rakan-rakan “meraikan” sendiri majlis tersebut di dalam rumah sahaja.

Video berdurasi 51 saat ini menampilkan 3 karakter iaitu Kemmi selaku penerima ijazah bergerak ke hadapan terus ke “Naib Canselor” selepas dipanggil oleh “Emcee” untuk penyerahan “sijil ijazah”.

Walaupun ia merupakan video “parody” tetapi ia masih mengikuti susunan character dan “protokol” sebenar.

Kreatif kan ? So yang kat rumah tu, apa lagi yang korang celebrate walaupun kena kuarintin? Share la dengan kitorg!

Oleh : Abdul Rahman bin Khairuddin