Sayonara Olimpik Tokyo 2020, Jumpa Tahun Depan

sayonara olimpik tokyo 2020, jumpa tahun depan

Temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik 2020 yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Tokyo, Jepun dari 24 Julai to 9 Ogos depan ditangguhkan ke tahun depan gara-gara pandemik COVID-19.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach bersama Presiden Jepun, Shinzo Abe selepas memperhalusi perkembangan semasa wabak tersebut.

sayonara olimpik tokyo 2020, jumpa tahun depan

Kedua-dua pihak bersepakat menunda temasya itu demi menjaga keselamatan dan kesihatan para atlet, semua pihak yang terlibat dalam penganjuran temasya itu serta komuniti antarabangsa.

IOC dan Jepun pada masa sama bersetuju agar Obor Olimpik kekal di Jepun untuk tempoh ini dan nama temasya itu kekal sebagai Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

sayonara olimpik tokyo 2020, jumpa tahun depan

Fakta menarik!

sayonara olimpik tokyo 2020, jumpa tahun depan

Tokyo pernah dipilih menjadi tuan rumah temasya Olimpik ke-12 pada 1940 namun ia dibatalkan ekoran krisis Perang Dunia II.

Ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik moden ditangguhkan bukan kerana peperangan.

sayonara olimpik tokyo 2020, jumpa tahun depan

Olimpik ke-6 di Berlin, Jerman pada 1916 dibatalkan ekoran Perang Dunia I manakala Olimpik ke-13 di London pada 1944 juga dibatalkan akibat Perang Dunia II.

Dengan penangguhan Olimpik Tokyo, tahun 2020 menyaksikan tiada acara sukan besar balangsung selepas kejohanan bola sepak Euro 2020 dan Copa Amerika turut ditunda.

Oleh: Shah Rahimi Rosle